PROSES
KAJIAN TINDAKAN
Ada lima proses penting
dalam melaksanakan kajian tindakan iaitu:
- -
mengenal pasti masalah
- -
membina rancangan tindakan
- -
melaksana tindakan
- -
memerhati kesan pelaksanaan
- -
mereflek
1.
Mengenal pasti Masalah
Suatu kajian tindakan
bermula dengan satu idea bahawa suatu perubahan atau penambahbaikan diperlukan
dalam amalan guru. Idea tersebut akan terbit daripada rasa prihatin guru
terhadap sesuatu perkara praktikal berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
yang dilakukan, di mana suatu masalah sedang dihadapi.
Contohnya,
apabila hampir separuh pelajar sebuah kelas gagal dalam ujian topikal yang baru
dijalankan yang membuatkan guru berasa sesuatu perlu dilakukan bagi memulihkan
kembali situasi; guru mendapati segelintir pelajarnya tidak memberi sokongan
dalam tugasan kumpulan yang diberikan, membuat guru ingin mengetahui sebabnya;
guru mendapati seorang guru mata pelajaran lain menggunakan teknik pengajaran
berasaskan ICT dengan jayanya di dalam kelas, dan beliau ingin mengetahui sama
ada teknik tersebut boleh berjaya diaplikasikan dalam mata pelajaran yang
diajarnya atau sebaliknya. Oleh itu guru tersebut mencari jalan untuk
mengaplikasikan ICT dalam mata pelajaran yang diajarnya dan mencubanya dalam
tindakan kelas. Pendek kata, seseorang pengamal (guru) akan sentiasa berdepan
dengan masalah, yang terjadi apabila nilai-nilai yang dipegang bertentangan
dengan apa yang berlaku dalam amalan, yang menyebabkan suatu penambahbaikan
perlu dicari (Kemmis & Mctaggart,1982; Whitehead,1985). Situasi tersebut
akan memberi idea untuk memulakan suatu kajian tindakan.
Kemmis & McTaggart
(1988) menggariskan empat langkah penting bagi menjalankan kajian tindakan; (a)
membina suatu rancangan tindakan bagi membaiki sesuatu yang sedang berlangsung,
(b) melaksana rancangan yang dibina, (c) memerhati kesan pelaksanaan dalam
konteks bilik darjah, dan (d) mereflek atau mengimbas kembali kesan yang
terjadi sebagai asas untuk merancang tindakan seterusnya.
Madzniyah et.al (1995)
pula telah mengemukakan prosedur atau proses pelaksanaan kajian tindakan
mengikut langkah-langkah berikut:
- -
Mengenal pasti isu atau masalah atau
situasi
- -
merancang tindakan
- -
melaksanakan langkah-langkah tindakan
- -
meninjau dan mengutip data
- -
tindakan untuk gelungan atau kitaran
kedua
McNiff et al (1996)
pula berpandangan bahawa asas proses kajian tindakan boleh digambarkan sebagai:
- -
meninjau amalan semasa
- -
mengenal pasti sesuatu aspek yang hendak
diperbaiki
- -
membayangkan langkah ke hadapan
- -
cuba membuat atau mengambil catatan apa
yang berlaku
- -
mengubah suai perancangan berdasarkan
apa yang ditemui dan meneruskan tindakan
- -
menilai model yang telah diubah suai dan
seterusnya sehingga berpuas hati dengan semua aspek dalam kajian
Walau bagaimanapun,
pandangan ahli akademik di atas, apa yang dapat disimpulkan ialah proses suatu
kajian tindakan itu ternyata telah memperlihatkan satu kitaran yang jelas yang
patut dipatuhi oleh pengamalnya.
2.
Membina Rancangan Tindakan
Setelah mendapat idea
awal untuk memulakan langkah kajian tindakan, penyelidik (guru) perlu membina
rancangan untuk bertindak ke arah penambahbaikan. Sebagai permulaan, penyelidik
perlu menilai situasi sedia ada bagi mendapatkan maklumat yang akan membantunya
merancang tindakan yang bakal diambil. Contohnya, apabila hampir separuh
daripada sekumpulan gagal dalam ujian topikal yang ditadbir, maklumat
terperinci diperlukan tentang soalan-soalan yang gagal dijawab oleh kumpulan
pelajar berkenaan. Maklumat ini dapat diketahui dengan merujuk kepada isi
kandungan yang gagal difahami oleh pelajar sehinggakan tidak dapat menjawab
soalan yang berkaitan dengan topik berkenaan dalam ujian topikal. Kemudian
berdasarkan maklumat yang terkumpul, penyelidik boleh membentuk soalan
penyelidikan:
-
Apakah
aspek-aspek yang belum difahami oleh pelajar
tentang topik yang diajar?
-
Apakah
kesukaran yang dihadapi oleh pelajar dalam memahami aspek-aspek tersebut?
-
Bolehkah
masalah ini diatasi dengan mengajar semula topik tersebut dengan kaedah
pembelajaran masteri?
Setelah soalan-soalan
penyelidikan Setelah soalan-soalan penyelidikan dibentuk, penyelidik perlu
membina suatu kerangka penyelidikan. Bagi kelas yang terlibat, beberapa ujian
diagnostik perlu dibina bagi mengesan kelemahan pelajar ,serta beberapa contoh
yang lebih mudah digunakan dalam pengajaran semula. kemudian, satu ujian setara
dengan ujian topikal hendaklah dirangka bagi memastikan sekurang-kurangnya 80%
daripada pelajar dapat menjawab kesemua soalan yang dikemukakan.
3.
Melaksana Tindakan
Setelah membina
rancangan tindakan, tiba masanya bagi pelaksanaan. Penyelidik (guru) perlu
menyemak kembali kertas jawapan pelajar bagi mengenal pasti soalan-soalan yang
gagal dijawab oleh kebanyakan mereka, diikuti oleh ujian diagnostik bagi
mengesan kesukaran serta kekeliruan yang dihadapi oleh pelajar tentang topik
yang diajar. Setelah itu, penyelidik akan mengajar semula topik berkenaan
dengan memberi contoh-contoh yang lebih mudah difahami oleh pelajar serta
disertai dengan latihan dan bimbingan bagi setiap pelajar secara individu.
4. Memerhati Kesan Pelaksanaan
Semasa tindakan sedang
diambil, penyelidik akan mula mengesan perubahan dalam kalangan pelajar terbabit, jika ada.
Tindak balas yang diberikan oleh pelajar semasa pengajaran semula yang memberi
fokus terhadap aspek-aspek yang sukar difahami akan memberi maklum balas kepada
penyelidik. Akhir sekali, keputusan ujian setara tentang topik yang diajar akan
memberi maklum balas sama ada tindakan yang dilaksanakan berjaya mengurangkan
bilangan pelajar yang gagal kepada hanya 20% daripada keseluruhan pelajar.
5. Mereflek
Kesan yang berlaku
dalam sesuatu penyelidikan walaupun positif masih boleh dipertingkatkan lagi.
Hal ini dapat dilakukan melalui refleksi yang dapat membantu penyelidik
mengenal pasti kelemahan dalam ujian diagnostik yang tidak dapat mengesan
kelemahan tertentu dalam kalangan pelajar. Di samping itu, pelajar mungkin
gagal menjawab aspek-aspek lain dalam ujian setara, berikutan kefahaman pelajar
yang tidak kekal untuk tempoh masa panjang. Secara amnya, penyelidik perlu
mencari idea untuk mengatasi masalah retention kefahaman pula, dan ini akan
menjurus kepada satu lagi pusingan penyelidikan baru yang perlu dirancang untuk
tindakan seterusnya.